MOH LER LAWAT TEMAN PUNYE BLOG NI

Friday, 23 February 2018

MINGGU 2



Tudiaa..muncul lagi pada minggu kali ini..wink2~✌✌

ok..straight to the point..huhu..aktiviti minggu ini diteruskan lagi dengan beberapa tugasan yang perlu dilakukan oleh kami iaitu pelajar SPPH aka kemahiran hidup. Antaranya ialah :
.
.

Tugasan 1 - Mengemas Tapak Pertanian Rumah Hijau

Well said memandangkan semester ini yang menggunakan kawasan pertanian ini hanyalah kami selaku pelajar tahun 2 dan juga pelajar tahun 1..Makanya, kami perlu menjaga serta membersihkan dengan penuh kasih sayang bagai menatang minyak yang penuh..haha haa gitteww~~πŸ˜‹πŸ˜

So, ini adalah antara kerja-kerja pembersihan dijalankan..
1)
Kemaskan dengan menurunkan kain kanvas di bahagian atas
Note : Pastikan dengan menggunakan tangga dan berhati-hati

2)
Memotong kain kanvas tersebut menggunakan pisau

3)
Proses melipat kanvas yang masih elok

4)
Membuang lumut pada lantai tapak semaian

Tugasan 2 - Membuat Campuran Medium Tanah

So, buat pengetahuan anda semua, minggu ini kami berpeluang mempelajari how to mix medium tanah bagi meningkatkan kesuburan tanah..hehehe..kalau tanah subur of cos tanaman kita juga subur..

Kami diminta untuk berkumpul, dan encik Faris telah menerangkan serba sedikit serta menunjukkan demo step by step campuran medium tanah dibuat.



Demo daripada encik Faris

Nak tau tak kenapa medium pananaman ni sangat penting?
.
.
πŸ’“ Sebenarnya medium penanaman yang baik perlu dapat membekalkan sumber nutrien 
     yang seimbang untuk pokok. Jadi akar tumbuhan pun mudah juga untuk menembusi 
     akar.

πŸ’“ Medium semaian disediakan daripada campuran tanah loam, bahan organik dan pasir
     sungai.

"Pasir dari laut sesuai tak untuk gantikan pasir sungai?"

HahahaπŸ‘Ώ..jawapannya tak sesuai..sebab? air laut kan masin..so, kandungan garam pada pasir agak tinggi ye abang2 dan kakak2 semua..mati juga pokok yang ditanam nanti..hewhew~
.
.
ok, mari kita sambung sebelum melalut ke tempat lain..

πŸ’“ Fungsi-fungsi bahan campuran tersebut :

TANAH LOAM
Untuk meneguhkan kedudukan pokok

BAHAN ORGANIK
Memperbaiki struktur tanah dan berupaya menyimpan air, 
serta menjadi sumber nutrein pokok

PASIR SUNGAI
Memberikan saliran dan pengudaraan serta 
memudahkan perkembangan akar

πŸ’“ Tanah loam, bahan organik dan pasir sungai perlu disediakan mengikut nisbah 7:3:2 
     atau 3:2:1 (ikut sukatan isipadu). 😏 tapi kebiasaan akan guna kadar nisbah 3:2:1 
     sekiranya tidak memerlukan jumlah kuantiti yang banyak.

πŸ‘‰ Nisbah campuran ini dikenal sebagai penanaman John Innes
.
.

Note : Campuran medium tanah ini tidak memerlukan spesifik langkah yang ditetapkan. Just campurkan dan gaul je hingga sebati. 

Bahan organik

Tanah loam

Pasir sungai

Tambahan tahi ayamπŸ’© dijadikan baja😁

So, uli2, gaul2 hingga sebati

πŸ’¦Haa senangkan very basic hokeyyy..boleh try di rumah kalau nak tanam apa2 sayur ke buah-buahan ke untuk memasak nanti..jimat sikit belanja dapur tu :p 
.
.

Dan last sekali tugasan yang dibuat ialah sambungan tugasan minggu lepas iaitu..jeng3..hahaha..membuat batas untuk tanaman nantila..kita kena buat dengan penuh kasih, cinta dan sayang kita ye..pokok pun macam manusia juga, perlu dibelai2..heheh

Tugasan 3 - Membuat Batas Tanah

Potongan papan kayu yang tepat amat diperlukan bagi tujuan 
benteng pada batas

Kalau minggu lepas, tanah yang telah digembur perlu ditaburkan dengan baja CIRP, kali ini akan ditabur pula dengan baja NPK..

Anda semua ingat lagi tak apa itu CIRP dan NPK?

πŸ™‰ CIRP (CRISTAL ISLAND ROCK PHOSPHATE)

Baja CIRP ni sebenarnya baja penggalak akar. Ada penggalak akar yang jenis celup je.
Baja ini dikenali sebagai baja tunggal dan unsurnya ialah Phosphate dan memang betul kata nasirsik CIRP utk akar.
CIRP biasanya digunakan sebelum memulakan penanaman dan di gaulkan di dalam lubang tanaman.
πŸ“’Ada setengah petani memanggil ini sebagai " Baja Lapik".
Maksud di sini ialah bila guna CIRP adalah dgn harapan bila kita menanam pokok maka akar akan cepat bergerak dalam tanah untuk meningkatkan keaktifan akar itu sendiri mengambil nutrian-nutrien yang lain yang diperlukan oleh pokok.
Pokok tak boleh guna CIRP sahaja mesti kena beri unsur-unsur yang lain. CIRP – 32 % P2O5
Dan CIRP tu sebenarnya nama jenama baja.
πŸ™‰ NPK (NITROGEN, PHOSPORUS, KALIUM)

Boleh lihat dan baca pada link di bawah yang menerangkan tentang baja NPK secara detail.
πŸ‘‡

Rupa sebenar baja NPK berwarna biru

Baja NPK akan ditabur pada batas tanah yang telah siap digembur


πŸŽ‡ So, setakat ini sahaja yang dapat dikongsi tentang ilmu pertanian dan aktiviti yang dijalankan pada minggu..tapi, jangan lupa nantikan for the next story ye..hehehe..oke, see you again !!!πŸ™‹



πŸ’™MINGGU 3πŸ’™

Thursday, 15 February 2018

MINGGU 1

Welcome to our blog readersπŸ˜™

Seperti biasa pada hari pertama kelas, kami diterangkan tentang beberapa peraturan dan juga etika semasa berada di ladang oleh Pn.Salina, En. Abang, En.Faris dan Dr.Husna. Walaupun katanya ladang ni kitorang yang punya πŸ˜‹tapi peraturan tetap peraturan . Selain itu, kami juga turut diberi taklimat tentang tugasan yang kami perlu lakukan sepanjang semester ini. 

Tugasan 1 - Menanam sayuran

Langkah-langkah:

1. Membersihkan kawasan tempat semaian. 

Alhamdulillah rezeki kami datang awal. Kami dapat batas yang dah dibuat oleh senior lepas tau.
Maka, pembersihan batas bermula disiniπŸ’ͺ
Note: Pastikan rumput dibuang ye supaya tidak menjejaskan pertumbuhan tanaman.

2. Menggembur tanah
Setelah itu, kerja menggembur tanah dijalankan. Peralatan seperti cangkul digunakan untuk kerja menggembur. Tanah digembur sedalam 20-30 cm untuk menghancurkan tanah kepada ketulan yang kecil. 

Apakah tujuan menggembur tanah πŸ‘€ ?
  • Untuk membaiki pengudaraan dan saliran, memusnahkan rumpai serta membunuh organisma. 
3. Membina batas tanaman (Raising plants bed)
Kenapa pentingnya buat batas πŸ‘€ ?
  • Adalah untuk meninggikan tanah untuk ditanam di atas batas yang bertujuan untuk mengelakkan dari air bertakung, menambah kesuburan tanah dengan meningkatkan penudaraan tanah.
  • Selain itu, dapat memudahkan kawalan rumpai, aktiviti penyiraman dan juga bertujuan untuk aktiviti kawalan penyakit. 
Apakah ciri-ciri batas yang elok πŸ‘€ ?
  • Biasanya yang gembur dan mampu menampung aliran air terutama pada musim hujan. 

STOP DULU ...KITA SAMBUNG MINGGU DEPAN YEπŸ˜†


SEKARANG kita sambung dulu penanaman tomato...

Disebabkan fakulti pendidikan akan menyertaikan satu program iaitu STEM yang mana kami perlu menanam tomato untuk di bawa ke program tersebut. RUPANYA sonang jo yop nak tanam tomato niπŸ‘
Bahan / peralatan yang diperlukan:
-Biji benih tomato
-bekas tanam biji benih
-Cocopeat (sabut kelapa)
-Air

Langkah-langkah :
1. Sediakan bekas yang sesuai untuk menyemai biji tomato.
Bekas berlubang untuk menyemai biji benih tomato
2. Masukkan cocopeat ke dalam setiap bekas tersebut.
Pastikan cocopeat tidak ditekan dan padat..Masuk2 macam tu je uolls
3. Lubangkan cocopeat kira-kira 2cm dan masukkan sebiji sahaja biji benih pada setiap lubang dan tutup semula lubang itu.


Ni haa paket biji benih kot2 hampa nak beli ka
Biji benih tomato


4. Tuang air ke dalam bekas. Maklum la lusa cuti Chinese New Year. kang kering air kesian biji benih. So korang pon boleh guna alternatif ini tau.

Peringatan : Jika air kelihatan kering sila tambah kuantiti air dengan segera.
                    Jangan alih tempat atau angkat tempat semaian kerana pada masa itu akar masih                                  lembut.

STOP DULU ...KITA SAMBUNG nanti daun pokok tomato keluar YEπŸ˜†

visit this video for detail cara semaian cili padi: https://www.youtube.com/watch?v=kKwUoVkMnEE





ABOUT


Assalamualaikum dan salam sejahtera .

Welcome To Our Blog uolss....😘

Blog ini di create oleh tiga orang petani muda yang merupakan pelajar jurusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan serta Teknologi (Kemahiran Hidup). Blog ini bukan sekadar untuk memenuhi syarat assignment sahaja but untuk rakan-rakan, anak-anak, pelajar-pelajar yang ingin menambahkan pengetahuan tentang course PEMBIAKAN DAN PENGURUSAN TANAMAN. Course ini actually not really hard but it's really need an energy πŸ˜† .

Course ini akan mendedahkan pelajar kepada peraturan, membuat batas, penyemaian biji benih , pembiakan keratan batang, jualan hasil sayuran dan lain-lain lagi yang mana akan meliputi asas-asas tanaman. Pada akhir kursus ini pelajar akan dapat menunjukkan pemahaman mereka dengan menggunakan teknik-teknik atau kemahiran yang mereka pelajari sepanjang semester ini.

Kami harap anda pembaca setia blog ini dapat memberi komen atau menambah maklumat berkaitan dengan tajuk di ruangan komen. Every week one of us will update our activities here. πŸ˜€.

Kami la petani muda tu πŸ’ƒπŸ˜ŽπŸ˜Ž