MOH LER LAWAT TEMAN PUNYE BLOG NI

Thursday, 15 February 2018

MINGGU 1

Welcome to our blog readers😙

Seperti biasa pada hari pertama kelas, kami diterangkan tentang beberapa peraturan dan juga etika semasa berada di ladang oleh Pn.Salina, En. Abang, En.Faris dan Dr.Husna. Walaupun katanya ladang ni kitorang yang punya 😋tapi peraturan tetap peraturan . Selain itu, kami juga turut diberi taklimat tentang tugasan yang kami perlu lakukan sepanjang semester ini. 

Tugasan 1 - Menanam sayuran

Langkah-langkah:

1. Membersihkan kawasan tempat semaian. 

Alhamdulillah rezeki kami datang awal. Kami dapat batas yang dah dibuat oleh senior lepas tau.
Maka, pembersihan batas bermula disini💪
Note: Pastikan rumput dibuang ye supaya tidak menjejaskan pertumbuhan tanaman.

2. Menggembur tanah
Setelah itu, kerja menggembur tanah dijalankan. Peralatan seperti cangkul digunakan untuk kerja menggembur. Tanah digembur sedalam 20-30 cm untuk menghancurkan tanah kepada ketulan yang kecil. 

Apakah tujuan menggembur tanah 👀 ?
  • Untuk membaiki pengudaraan dan saliran, memusnahkan rumpai serta membunuh organisma. 
3. Membina batas tanaman (Raising plants bed)
Kenapa pentingnya buat batas 👀 ?
  • Adalah untuk meninggikan tanah untuk ditanam di atas batas yang bertujuan untuk mengelakkan dari air bertakung, menambah kesuburan tanah dengan meningkatkan penudaraan tanah.
  • Selain itu, dapat memudahkan kawalan rumpai, aktiviti penyiraman dan juga bertujuan untuk aktiviti kawalan penyakit. 
Apakah ciri-ciri batas yang elok 👀 ?
  • Biasanya yang gembur dan mampu menampung aliran air terutama pada musim hujan. 

STOP DULU ...KITA SAMBUNG MINGGU DEPAN YE😆


SEKARANG kita sambung dulu penanaman tomato...

Disebabkan fakulti pendidikan akan menyertaikan satu program iaitu STEM yang mana kami perlu menanam tomato untuk di bawa ke program tersebut. RUPANYA sonang jo yop nak tanam tomato ni👏
Bahan / peralatan yang diperlukan:
-Biji benih tomato
-bekas tanam biji benih
-Cocopeat (sabut kelapa)
-Air

Langkah-langkah :
1. Sediakan bekas yang sesuai untuk menyemai biji tomato.
Bekas berlubang untuk menyemai biji benih tomato
2. Masukkan cocopeat ke dalam setiap bekas tersebut.
Pastikan cocopeat tidak ditekan dan padat..Masuk2 macam tu je uolls
3. Lubangkan cocopeat kira-kira 2cm dan masukkan sebiji sahaja biji benih pada setiap lubang dan tutup semula lubang itu.


Ni haa paket biji benih kot2 hampa nak beli ka
Biji benih tomato


4. Tuang air ke dalam bekas. Maklum la lusa cuti Chinese New Year. kang kering air kesian biji benih. So korang pon boleh guna alternatif ini tau.

Peringatan : Jika air kelihatan kering sila tambah kuantiti air dengan segera.
                    Jangan alih tempat atau angkat tempat semaian kerana pada masa itu akar masih                                  lembut.

STOP DULU ...KITA SAMBUNG nanti daun pokok tomato keluar YE😆

visit this video for detail cara semaian cili padi: https://www.youtube.com/watch?v=kKwUoVkMnEE





No comments:

Post a Comment