MOH LER LAWAT TEMAN PUNYE BLOG NI

Saturday, 21 April 2018

MINGGU 9

Urmmm...urmmmm lazatnyaa 😍😋


cuba anda bayangkan sayur yang dimasak itu sedemikian rupa...slurppp (meleleh air liur hokkeyy)hahahha..cer teka sayur apa tuuu🙈baaa🙉chakk!!


SAYUR KAILAN

Kalau mengikut kajian yang sahih mengatakan bahawa kaum cina sangat gemar dengan sayur ini..
.
.
why? sebab minggu ini kami dah start membuat tanaman sayur yang baru..actually kali ini merupakan tugasan secara individu, dengan menggunakan kaedah atau tatacara tanaman yang betul seperti mana yang telah diajar sebelum ini.
.
.
Anyway, perkara pertama sekali yang perlu dilakukan ialah membersihkan semula batas, menggembur tanah dan merumpai segala rumput-rumput dan sisa tanaman sebelum ini




Kedua, setelah menggembur tanah dan meratakan permukaan tanah taburkan biji benih sayur kailan dengan sukatan nisbah 5:10 (ini mengikut kiraan kami sebab perlu berkongsi 2 orang untuk 2 batas)💪😊
👉Pastikan biji benih tersebut digaul bersama dengan pasir untuk tujuan penjarangan sebelum ditabur pada batas tanah

Biji benih sayur kailan

Kalau mengikut teknik yang teratur sebenarnya, ;

💟Benih kailan perlu disemai terlebih dahulu
💟Selepas mempunyai 4 - 6 daun boleh dipindahkan di atas batas
💟Boleh dituai selepas 60 hari selepas disemai


Ketiga, selepas itu pasangkan net bagi menutup keseluruhan batas masing-masing. Ianya bertujuan bagi mengelakkan lebihan pancaran uv cahaya matahari ke arah biji benih pada peringkat awal. Net ini boleh ditanggalkan setelah anggaran seminggu tatkala biji benih sudah mulai bercambah.






Okey,,itulah step2 yang perlu dibuat untuk penanaman yang baru..mudah bukan?😚So, di sini ada ingin membuat penambahan....huhuhu..ingat lagi tak tentang fertigasi pada beberapa minggu yang lepas?


Minggu ini juga kami perlu membuat sistem sokongan terhadap pokok-pokok tertentu yang ditanam dalam polibeg. Kalau di sini kami hanya membuat sistem sokongan yang menjalar sahaja contohnya pokok tomato, terung..


Bahan-bahan yang diperlukan ialah tali rafia, di mana kami akan mengikat pada polibeg tersebut dan tali selebihnya akan diikat pula pada rangka atas atap tapak semaian.






So, inilah antara aktiviti yang dilakukan pada minggu ini...nantikan another sharing pada next week pula ye..see ya!!

No comments:

Post a Comment