eEH ! Minggu ini kami belajar mengenai fertigasi. Apa mende la fertigasi ni kan. Meh dekat-dekat sonang sikit eden nk kasi ilmu 😍.
Apa itu fertigasi?
Maksud fertigasi:
💨Fertigasi (fertigation) berasal daripada perkataan “fertilizer” dan “Irrigation”. Fertigasi adalah satu kaedah penanaman yang mana pemberian baja yang lengkap kepada tanaman diberikan dalam bentuk larutan dan disalurkan ke zon akar melalui sistem pengairan titis.
💨Beberapa media digunakan bagi tujuan menggantikan fungsi tanah seperti cocopeat atau sekam padi. Ia digunakan secara meluas kerana harganya murah, ringan, berkualiti dan mudah digunakan.
Apakah kelebihan fertigasi:
• Media tumbesaran dan persekitaran menjamin kebersihan dan menghindarkan masalah penyakit
• Mengatasi masalah tanah seperti tidak subur dan perosak
• Meningkatkan hasil per unit kawasan dengan kepadatan tinggi
• Tiada masalah merumpai dan boleh mengurangkan kos buruh
• Kualiti hasil yang lebih baik
• Mengurangkan penggunaan racun ke atas tanaman terutamanya jika jejaring kalis serangga diguna pakai
• Hasil lebih tinggi, boleh mencapai sehingga 700% atau tujuh kali ganda.
• Pengurusan tanaman yang lebih sistematik.
Bagaimana untuk melakukan fertigasi terhadap tanaman?
Bahan/peralatan yang diperlukan :
👉Gelas polisterin
👉Pemateri
👉Paip pvc
👉Baja
👉Biji benih 'Japanesse Cucumber' (mana-mana biji benih pon boleh)
👉Gerudi tanpa wayar
Langkah 1
- Menebuk lubang dengan menggunakan pemateri pada gelas plastik/polisterin untuk memudahkan laluan masuk atau keluar air dan juga memudahkan pergerakan akar ke bawah.
- Menebuk lubang dengan menggunakan pemateri pada gelas plastik/polisterin untuk memudahkan laluan masuk atau keluar air dan juga memudahkan pergerakan akar ke bawah.
![]() |
Menebuk lubang pada gelas palastik/polisterin untuk laluan air. |
Langkah 2
-Memasukkan baja organik ke dalam gelas polisterin (separuh gelas sahaja) tanpa memampatkannya.
-Menanam biji benih japanesse cucumber ke dalam baja organik.
![]() |
cutenye biji benih ni kan😍 |
- Letakkan gelas polisterin tadi ke dalam bekas yang berisi air.
Langkah 5
- Sediakan paip pvc dan menebuk lubang sebagai lubang tanaman dengan menggunakan gerudi tanpa wayar.
![]() |
Mengukur paip pvc dari tepi 8cm, seterusnya 5cm untuk mendapatkan jarak yang sama. |
![]() |
Hole Saw untuk lubangkan paip pvc |
![]() |
Melubangkan paip pvc |
No comments:
Post a Comment