MOH LER LAWAT TEMAN PUNYE BLOG NI

Monday, 26 March 2018

MINGGU 7

 SESI JUALAN HASIL TANAMAN SAYUR-SAYURAN

Assalamualaikum πŸ˜‰ . Hari ini kami mrngadakan aktiviti jualan sayur-sayuran yang kami tanam sendiri pada batas di ladang antaranya sawi hijau. Sawi hijau adalah jenis sawi yang cepat untuk dituai dalam lingkungan 27 hari sehingga 32 hari untuk dituai.
Terdapat beberapa langkah yang perlu diikuti sebelum menjual kepada pembeli adalah:

Langkah 1 Menuai
πŸ’¦ Sesi menuai hendaklah dilakukan dengan berhati-hati supaya batang sayur tidak patah dan yang paling penting adalah akarnya tidak putus.
πŸ’¦ Guna peralatan seperti sudip tangan untuk memudakan kerja mengorek tanah dengan jarak agar akar tidak putus

Jarakkan sedikit sudip tangan dengan sayur semasa mengorek tanah

See..cun x ade akar skali ye supaya sayur tahan lama dan segar
Langkah 2: Membersih
πŸ’¦ Sayuran yang telah siap dituai hendaklah dibersihkan dengan betul untuk kepuasan pembeli dan juga menjaga kualiti sayuran.

Bersihkan sayuran dengan betul

Langkah 3: Menimbang
πŸ’¦ Pada kali ini kami dikehendaki menimbang 400gm bagi setiap jenis sayuran .
Menimbang sayuran
Langkah 4: Pembungkusan
πŸ’¦Setelah siap menimbang, semua jenis sayuran hendaklah melalui sesi pembungkusan sebelum sampai pada pembeli beserta dengan sticker ladang.








No comments:

Post a Comment