MOH LER LAWAT TEMAN PUNYE BLOG NI

Friday, 25 May 2018

MINGGU 14

CANTUMAN BAJI



Tudiaaa...nice kan? satu pokok je dapat macam-macam warna bunga..warna warni pelangi gittew~~😏

Hasil ini terjadi apabila menggunakan kaedah cantuman baji.

APAKAH ITU CANTUMAN BAJI?
.
.
Cantuman baji ialah kaedah mencantumkan pokok daripada pokok asal atau induk untuk menghasilkan pelbagai warna bagi pokok bungaatau dijadikan sebagai pokok tumpang. Selalunya pokok seperti bunga bougainvilla, bunga raya, pokok jambu, dan lain-lain menggunakan kaedah ini.
.
.
Antara peralatan yang digunakan :
💟Pisau
💟Parafilm
💟Plastik
💟Tali
.
.
Langkah-langkah :

1. Pilih ranting atau dahan yang lembut dan masih muda untuk dicantumkan pada pokok asal.


2. Potong atau trim hujung pokok asal dan bersihkan daun sekeliling bagi mengelakkan proses  
    transpirasi yang tinggi.


3. Potong pada belah tengah-tengah ranting sedalam 2cm panjang.


4. Pangkal tunas pokok yang hendak dicantum dipotong secara menyerong tajam seperti baji.


5. Sambungkan ranting yang telah dipotong serong tadi ke belahan pokok penanti


6. Kemudian, balut bahagian cantuman tadi dengan pita parafilm.


7. Sungkupkan keseluruhan dahan pokok tadi dengan plastik lutsinar bagi mengelakkan dehydration 
    atau pucuk kering dengan cepat.


8. Ikatkan dengan kemas pada hujung dahan dan biarkan sehingga dahan A dan dahan B tercantum. 
    Apabila sudah tercantum, buka plastik tadi dan biarkan ia tumbuh seperti biasa.


No comments:

Post a Comment