MOH LER LAWAT TEMAN PUNYE BLOG NI

Monday, 7 May 2018

MINGGU 13

TUT UDARA

Definisi :
💥Merupakan 1 teknik pembiakan yang dilakukan pada dahan/ranting yang masih terlekat pada pokok induk iaitu bahagian yang masih mendapat makanan dan air dari pokok induk.


Medium Pengakaran Pembiakan Tumbuhan Hiasan Secara TUT
💦Nisbah campuran menyediakan medium pengakaran ialah 1(Tanah Loam) : 1(Bahan Organik)
💦Medium digaul dgn rata dan campurkan sedikit air supaya melekit untuk mudah dibentuk seperti bebola bagi dilekapkan pada bahagian ranting yang hendak ditut.

PROSEDUR MEMBUAT TUT 

LANGKAH 1 
👉Pilih dahan pokok yang sihat dgnukuran diameter lebih kurang 1 cm/sebesar pensil dan tiada ranting kecil pada tempat utk melakukan tut.

LANGKAH 2
👉Buatkan 2 kelaran mengelilingi dahan dgn jarak 2.5cm hingga 5cm. 
👉Kemudian kopek kulit di antara kelaran.
👉Kikis lapisan kambium utk mengelak kulit bercantum semula.
Kikis

👉Sapukan hormon penggalak akar pada kelaran bahagian atas.

LANGKAH 3 
👉Bentukkan medium seperti bebola lebih kurang 5 cm diameter. 
👉Bahagikan bebola kepada 2 dan lekapkan medium pada bahagian yangg dikikis. 
👉Kejapkan medium pada dahan.

LANGKAH 4 
👉Balutkan medium pada dahan dengan plastik lut sinar.
👉Ikat pada kedua-kedua hujung bahagian yang telah dibalut.



No comments:

Post a Comment