MOH LER LAWAT TEMAN PUNYE BLOG NI

Friday, 25 May 2018

MINGGU 14

CANTUMAN BAJI



Tudiaaa...nice kan? satu pokok je dapat macam-macam warna bunga..warna warni pelangi gittew~~😏

Hasil ini terjadi apabila menggunakan kaedah cantuman baji.

APAKAH ITU CANTUMAN BAJI?
.
.
Cantuman baji ialah kaedah mencantumkan pokok daripada pokok asal atau induk untuk menghasilkan pelbagai warna bagi pokok bungaatau dijadikan sebagai pokok tumpang. Selalunya pokok seperti bunga bougainvilla, bunga raya, pokok jambu, dan lain-lain menggunakan kaedah ini.
.
.
Antara peralatan yang digunakan :
💟Pisau
💟Parafilm
💟Plastik
💟Tali
.
.
Langkah-langkah :

1. Pilih ranting atau dahan yang lembut dan masih muda untuk dicantumkan pada pokok asal.


2. Potong atau trim hujung pokok asal dan bersihkan daun sekeliling bagi mengelakkan proses  
    transpirasi yang tinggi.


3. Potong pada belah tengah-tengah ranting sedalam 2cm panjang.


4. Pangkal tunas pokok yang hendak dicantum dipotong secara menyerong tajam seperti baji.


5. Sambungkan ranting yang telah dipotong serong tadi ke belahan pokok penanti


6. Kemudian, balut bahagian cantuman tadi dengan pita parafilm.


7. Sungkupkan keseluruhan dahan pokok tadi dengan plastik lutsinar bagi mengelakkan dehydration 
    atau pucuk kering dengan cepat.


8. Ikatkan dengan kemas pada hujung dahan dan biarkan sehingga dahan A dan dahan B tercantum. 
    Apabila sudah tercantum, buka plastik tadi dan biarkan ia tumbuh seperti biasa.


Monday, 7 May 2018

MINGGU 13

TUT UDARA

Definisi :
💥Merupakan 1 teknik pembiakan yang dilakukan pada dahan/ranting yang masih terlekat pada pokok induk iaitu bahagian yang masih mendapat makanan dan air dari pokok induk.


Medium Pengakaran Pembiakan Tumbuhan Hiasan Secara TUT
💦Nisbah campuran menyediakan medium pengakaran ialah 1(Tanah Loam) : 1(Bahan Organik)
💦Medium digaul dgn rata dan campurkan sedikit air supaya melekit untuk mudah dibentuk seperti bebola bagi dilekapkan pada bahagian ranting yang hendak ditut.

PROSEDUR MEMBUAT TUT 

LANGKAH 1 
👉Pilih dahan pokok yang sihat dgnukuran diameter lebih kurang 1 cm/sebesar pensil dan tiada ranting kecil pada tempat utk melakukan tut.

LANGKAH 2
👉Buatkan 2 kelaran mengelilingi dahan dgn jarak 2.5cm hingga 5cm. 
👉Kemudian kopek kulit di antara kelaran.
👉Kikis lapisan kambium utk mengelak kulit bercantum semula.
Kikis

👉Sapukan hormon penggalak akar pada kelaran bahagian atas.

LANGKAH 3 
👉Bentukkan medium seperti bebola lebih kurang 5 cm diameter. 
👉Bahagikan bebola kepada 2 dan lekapkan medium pada bahagian yangg dikikis. 
👉Kejapkan medium pada dahan.

LANGKAH 4 
👉Balutkan medium pada dahan dengan plastik lut sinar.
👉Ikat pada kedua-kedua hujung bahagian yang telah dibalut.



Friday, 27 April 2018

MINGGU 10

Assalamualaikum,hai semua..

Untuk minggu ini pula kita sambung pembelajaran kita tentang pembiakan secara aseksual..

Haa.. Untuk pengetahuan semua terdapat banyak lagi cara untuk menanaman pokok selain menggunakan biji benih(seksual).. Sebelum ini kita belajar cara menanam pokok menggunakan biji benih, jadi kali ini kita guna cara lain iaitu cara aseksual..aseksual merupakan penanaman sayur yang menggunakan bahagian-bahagian tumbuhan seperti keratan batang, daun, stolen,umbisi dan lain-lain lagi..

Bebawang, tunas, stolen
Keratan batang 



Antara perbezaan pembiakan seks dan aseks adalah seperti berikut:
Ini pula sambungan bagi penanaman secara seksual yang kita lakukan dua minggu lepas

Proses membuat longkang untuk elak banjir dalam batas bagi menyelamatkan anak pokok daripada lemas


Anak-anak pokok kailan mulai bercambah.. 




Saturday, 21 April 2018

MINGGU 9

Urmmm...urmmmm lazatnyaa 😍😋


cuba anda bayangkan sayur yang dimasak itu sedemikian rupa...slurppp (meleleh air liur hokkeyy)hahahha..cer teka sayur apa tuuu🙈baaa🙉chakk!!


SAYUR KAILAN

Kalau mengikut kajian yang sahih mengatakan bahawa kaum cina sangat gemar dengan sayur ini..
.
.
why? sebab minggu ini kami dah start membuat tanaman sayur yang baru..actually kali ini merupakan tugasan secara individu, dengan menggunakan kaedah atau tatacara tanaman yang betul seperti mana yang telah diajar sebelum ini.
.
.
Anyway, perkara pertama sekali yang perlu dilakukan ialah membersihkan semula batas, menggembur tanah dan merumpai segala rumput-rumput dan sisa tanaman sebelum ini




Kedua, setelah menggembur tanah dan meratakan permukaan tanah taburkan biji benih sayur kailan dengan sukatan nisbah 5:10 (ini mengikut kiraan kami sebab perlu berkongsi 2 orang untuk 2 batas)💪😊
👉Pastikan biji benih tersebut digaul bersama dengan pasir untuk tujuan penjarangan sebelum ditabur pada batas tanah

Biji benih sayur kailan

Kalau mengikut teknik yang teratur sebenarnya, ;

💟Benih kailan perlu disemai terlebih dahulu
💟Selepas mempunyai 4 - 6 daun boleh dipindahkan di atas batas
💟Boleh dituai selepas 60 hari selepas disemai


Ketiga, selepas itu pasangkan net bagi menutup keseluruhan batas masing-masing. Ianya bertujuan bagi mengelakkan lebihan pancaran uv cahaya matahari ke arah biji benih pada peringkat awal. Net ini boleh ditanggalkan setelah anggaran seminggu tatkala biji benih sudah mulai bercambah.






Okey,,itulah step2 yang perlu dibuat untuk penanaman yang baru..mudah bukan?😚So, di sini ada ingin membuat penambahan....huhuhu..ingat lagi tak tentang fertigasi pada beberapa minggu yang lepas?


Minggu ini juga kami perlu membuat sistem sokongan terhadap pokok-pokok tertentu yang ditanam dalam polibeg. Kalau di sini kami hanya membuat sistem sokongan yang menjalar sahaja contohnya pokok tomato, terung..


Bahan-bahan yang diperlukan ialah tali rafia, di mana kami akan mengikat pada polibeg tersebut dan tali selebihnya akan diikat pula pada rangka atas atap tapak semaian.






So, inilah antara aktiviti yang dilakukan pada minggu ini...nantikan another sharing pada next week pula ye..see ya!!

Thursday, 5 April 2018

MINGGU 8 (CUTI SEMESTER + VIDEO)



RESPIRASI by  NUR SYAZWANI BINTI AB HAMID 2SPPH


FOTOSINTESIS
link ini adalah untuk Video mengenai proses fotosintesis : https://youtu.be/owlOl5fNzMI
by : Che Suhana Binti Che Mohd Nor
       2SPPH

TRANSPIRASI by NADHIRAH NURULIMAN BINTI JAILANI